Sunday, June 14, 2015

Hujan & Banjir Kilat

Alhamdulillah hujan. Lately selalu hujan time2 macam ni. Around midnight hingga 3am camtu.

Hari tu (sorry tak ingat tarikh & hari apa) teruk gak Melaka dilanda banjir kilat kat beberapa tempat. Antaranya dekat area rumah aku ni. Jalan dari Batu Berendam menuju ke Hospital tu dan jalan utama dari Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka.

Antara kawasan yang naik air - Padang Jambu, Taman Desa Baru & paling teruk kat Kampung Kelapa.

Kampung Kelapa. Tengok budak kecik ni siap boleh berdayung sampan lagi tu.

Kebetulan aku keluar masa hari banjir tu. Tak sangka pulak banjir kilat teruk. Dari Ayer Keroh nak balik ke rumah. Memang wajib lalu 2 kawasan banjir ni. 

So kekonon nak elak la banjir jalan dari Batu Berendam tu. Aku pun lalu jalan utama dari Ayer Keroh. Pastu potong shortcut Padang Jambu. Sampai kat area depan Kolej Manipal tu tengok kenapa jem ni? Selalu takde masalah pun. 

Pastu tengok ada ambulan & bomba. Rupany, jalan tu ditutup. Kereta semua dah tak tentu arah hilang arah tujuan. Ada yang berhenti, ada U-turn, ada yang keluar kereta nak tengok keadaan. Aku pun U-turn ikut shortcut kat Padang Jambu potong ke Taman Desa Baru. 

Steady la ikut kereta depan yang gayanya macam sama niat dengan aku. Dah sampai Taman Desa Baru tu, tengok2 jalan kat situ pun air naik! Nervous gak time tu. Macam mana ni. Mana nak lalu. Tinggi gak la air naik. 

Ada beberapa kereta yang tak berani lalu. Termasuk la aku. Giler kau nak redah banjir. Rosak kereta jenuh nak repair. So patah balik. Tengok2 semua jalan pun naik air. Memang semua kereta dah stuck. Semua macam buntu tak tau mana nak pergi.

So aku patah balik jalan menuju main road tu. Ade 2-3 biji kereta da lepas redah. ade 4-5 orang penduduk rumah tepi jalan tu keluar tengok keadaan. Diorang kata ok boleh lalu. Slow2 jangan tekan break. So aku pun redha je la. Doa2 jangan la kereta rosak.

Alhamdulillah berjaya harungi air. Dah keluar main road tu tengok air naik kat jalan tu. Memang dah tak boleh lalu langsung. Ada makcik kat Kampung Kelapa tu redah air dah dekat paras pinggang. Sian penduduk Kampung Kelapa.

Memang 1st time la pengalaman 'mini bencana'. Bila tengok keadaan time tu, ada bomba, ambulan, pastu kereta semua macam hilang arah tak tau mana nak pergi. Insaf sekejap.

Itu la pengalaman aku lalui hari tu. Mungking tak se'best' pengalaman korang. Tapi kira ok la kan.

Sekian sahaja laporan banjir dari aku. Haha... Tak tau la kenapa aku tulis pasal ni. Sebab hujan baru turun kot. Dok fikir-fikir gak, perlu ke aku publish post ni? Atau delete je? Tah la. Post je la kot. Bagi banyak skit post aku. Haha.. Bye uolz. (perasan lagi.hehe)

No comments: