Sunday, June 14, 2015

Hujan & Banjir Kilat

Alhamdulillah hujan. Lately selalu hujan time2 macam ni. Around midnight hingga 3am camtu.

Hari tu (sorry tak ingat tarikh & hari apa) teruk gak Melaka dilanda banjir kilat kat beberapa tempat. Antaranya dekat area rumah aku ni. Jalan dari Batu Berendam menuju ke Hospital tu dan jalan utama dari Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka.

Antara kawasan yang naik air - Padang Jambu, Taman Desa Baru & paling teruk kat Kampung Kelapa.

Kampung Kelapa. Tengok budak kecik ni siap boleh berdayung sampan lagi tu.

Kebetulan aku keluar masa hari banjir tu. Tak sangka pulak banjir kilat teruk. Dari Ayer Keroh nak balik ke rumah. Memang wajib lalu 2 kawasan banjir ni. 

So kekonon nak elak la banjir jalan dari Batu Berendam tu. Aku pun lalu jalan utama dari Ayer Keroh. Pastu potong shortcut Padang Jambu. Sampai kat area depan Kolej Manipal tu tengok kenapa jem ni? Selalu takde masalah pun. 

Pastu tengok ada ambulan & bomba. Rupany, jalan tu ditutup. Kereta semua dah tak tentu arah hilang arah tujuan. Ada yang berhenti, ada U-turn, ada yang keluar kereta nak tengok keadaan. Aku pun U-turn ikut shortcut kat Padang Jambu potong ke Taman Desa Baru. 

Steady la ikut kereta depan yang gayanya macam sama niat dengan aku. Dah sampai Taman Desa Baru tu, tengok2 jalan kat situ pun air naik! Nervous gak time tu. Macam mana ni. Mana nak lalu. Tinggi gak la air naik. 

Ada beberapa kereta yang tak berani lalu. Termasuk la aku. Giler kau nak redah banjir. Rosak kereta jenuh nak repair. So patah balik. Tengok2 semua jalan pun naik air. Memang semua kereta dah stuck. Semua macam buntu tak tau mana nak pergi.

So aku patah balik jalan menuju main road tu. Ade 2-3 biji kereta da lepas redah. ade 4-5 orang penduduk rumah tepi jalan tu keluar tengok keadaan. Diorang kata ok boleh lalu. Slow2 jangan tekan break. So aku pun redha je la. Doa2 jangan la kereta rosak.

Alhamdulillah berjaya harungi air. Dah keluar main road tu tengok air naik kat jalan tu. Memang dah tak boleh lalu langsung. Ada makcik kat Kampung Kelapa tu redah air dah dekat paras pinggang. Sian penduduk Kampung Kelapa.

Memang 1st time la pengalaman 'mini bencana'. Bila tengok keadaan time tu, ada bomba, ambulan, pastu kereta semua macam hilang arah tak tau mana nak pergi. Insaf sekejap.

Itu la pengalaman aku lalui hari tu. Mungking tak se'best' pengalaman korang. Tapi kira ok la kan.

Sekian sahaja laporan banjir dari aku. Haha... Tak tau la kenapa aku tulis pasal ni. Sebab hujan baru turun kot. Dok fikir-fikir gak, perlu ke aku publish post ni? Atau delete je? Tah la. Post je la kot. Bagi banyak skit post aku. Haha.. Bye uolz. (perasan lagi.hehe)

Puisi ke?

Masa berlalu pergi
Masa takkan kembali
Masa tak mungkin berganti

Aku masih disini
Mengharap sesuatu yang tak pasti
Masih mencari diri

Bukan aku tak peduli
Cuba untuk berbakti
Meski diri berbelah bahagi

Mungkin ini takdir Ilahi
Atau sekadar penyedap hati
Aku terima apa diberi

Haha..berjaya pun nak post something kt blog ni. On the spot puisi. Sebelum ni got few puisi yang aku tulis. Tapi tak ingat letak kat mana.

*actually aku suka buat puisi yang ade rhyme sama kt blkg. rhyme ke ek namanya? tah la. tak kisah la. aku bukan pakar bahasa. tapi aku suka mengarang puisi.

I'm back???

I'm back? Phuii... Hahaha... Hari tu kekonon semangat berkobar2 nak blogging. Tapi cam biasa la, semangat singgah kejap je. Hihi.

Kekonon nak letak gambar2. Harammm.... Haha.. Malas la weh nak pilih gambar yang beratus-ratus tu. Tah2 dah beriban. Nak pilih yang elok, yang tak blur. Nak kena bukak satu-satu. Aigoo..

Maybe later je la buat. Bila ade kerajinan. Ok bye. Singgah jap je. Tapi rasa cam nak post puisi. Tengok la cmne. Kalau ade next post jap lagi ni, kira ade la tu. Kalau xde, kira xde la ye. Haha... (perasan cam ramai readers & followers blog aku ni. Kuikuikui...)

Friday, May 08, 2015

I'm back!



Yes I'm back! By popular demand la sangat kann. Hahaha. Kekonon buat comeback la kat blog ni. Dah bersawang & tumbuh semak blog ni. Baru lepas bersihkan apa yang patut.

Main reason kembali ke blog ni adalah sebab nak upload gambar-gambar yang dah menimbun dalam pc nih. Mostly gambar-gambar family la. Gambar kengkawan pun ada gak.

Ok, malas nak taip panjang2. Banyak lagi nak buat. Nak pilih gambar dah satu hal. Nak upload semua sekali tak boleh. Sebab ada gambar yang buruk! Haha...

Enjoy la my next post nanti. Tak tau nak start dengan gambar apa. Gambar wedding my dearest cousins kot. Check it out!

Tuesday, April 08, 2014

빌리어네어 (Billionaire) - 그날밤에 (That Night) MV

Kim Tae Hoon, one of my Korean friends, is one of the singer from this group/duo. Do support him peeps. He's now coming with solo album soon.



LIKE Billionaire's official facebook page - http://www.facebook.com/billionaire0926

Saturday, May 29, 2010

NOTIS PEMBERITAHUAN

 

Kepada semua pelanggan yang dihormati dan juga kepada rakan2 yang melawat blog ini, adalah dimaklumkan bahawa urusan perniagaan azwan rizani enterprise telah dipindahkan ke blog rasmi azwan rizani enterprise iaitu http://azwanrizanienterprise.blogspot.com/.



Para pelanggan boleh klik link berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai azwan rizani enterprise serta produk2 juga perkhidmatan2 yang pihak kami tawarkan.

Semoga anda lebih selesa & tertarik dengan blog rasmi azwan rizani enterprise. Maaf atas segala kesulitan.
Terima kasih.....   =)


*azwan rizani enterprise juga boleh dihubungi melalui Facebook!
https://www.facebook.com/azwanrizanienterprise


Thursday, April 15, 2010

me, myself & i


biodata

azwan rizani bin othman
29 june 1986
cancer, tiger
male
asia clinic, melaka
aniacz23@yahoo.com / azwan.rizani.enterprise@gmail.com
yong tau foo, fried kuew tiaw, vanilla ice cream,
netizen, love to sleep, cooking, listening to music
i am a big person with a big heart & big ambition
upsr, pmr, spm, diploma in entrepreneurship
s.k.kubu, s.m.k. tinggi melaka, kolej profesional mara bandar melaka